Monthly Archives: August 2022

KEJOHANAN JUNIOR CYCLING MALAYSIA (JCM) LANGKAWI 2022

Kejohanan Junior Cycling Malaysia (JCM) Langkawi 2022 telah berlangsung pada 12 hingga 14 Ogos 2022. Sebanyak 11 pasukan remaja negeri termasuk pasukan remaja kebangsaan telah menyertai kejohanan ini. JCM Stage Race kali ini menampilkan perlumbaan 3 peringkat dengan keseluruhan jarak 162km dimana pelumba menempuhi kayuhan mengelilingi Pulau Langkawi pada 12 dan 13 Ogos 2022 serta [...]

KEJOHANAN JUNIOR CYCLING MALAYSIA (JCM) LANGKAWI 20222022-09-19T10:00:09+08:00

GOTONG ROYONG PENGINDAHAN LAMAN PADI

Gotong Royong Pengindahan Laman Padi Fasa Pertama telah dilaksanakan pada 15 hingga 16 Ogos 2022. Gotong royong ini melibatkan kakitangan LADA dan dibantu oleh kakitangan Restoran Kerisik serta kakitangan cuci bersih yang menumpukan kerja-kerja mengecat tiang, bebendul jalan dan memperkemas tempat meletak kenderaan di Laman Padi. Matlamat utama gotong royong adalah untuk mengindahkan dan meningkatkan [...]

GOTONG ROYONG PENGINDAHAN LAMAN PADI2022-09-19T10:00:16+08:00

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG LADA 2021

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LADA 2021 telah diadakan dengan gilang gemilang dan disempurnakan penyampaian kepada 30 orang penerima oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Muhamad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Kedah Merangkap Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi. [...]

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG LADA 20212022-09-19T09:59:54+08:00

LANGKAWI WRITERS FESTIVAL (LWF) 2022

Bengkel Puisi sempena penganjuran Langkawi Writers Festival (LWF) 2022 telah berlangsung pada 18 Ogos 2022 bertempat di Auditorium Kompleks LADA. Seramai 37 peserta terdiri daripada para pelajar dan guru daripada SMK Tunku Putra, SMK Kedawang, SMK Mahsuri, SMK Langkawi, Maktab Mahmud dan juga SK Seri Negeri telah mengambil bahagian. [...]

LANGKAWI WRITERS FESTIVAL (LWF) 20222022-09-19T10:00:20+08:00

SITE INSPECTION LADA DAN MAHB BAGI PERSIDANGAN ROUTES ASIA 2024

17 - 18 Ogos 2022- Pihak Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dengan kerjasama LADA telah melaksanakan satu lawatan ke hotel Ombak Villa, Dash Resort, Park Royal dan The Danna Langkawi bagi pemilihan hotel rasmi Persidangan Routes Asia 2024. Routes Asia adalah persidangan yang menemukan 800 ke 1,000 orang penggiat dari industri penerbangan di Asia Pasifik [...]

SITE INSPECTION LADA DAN MAHB BAGI PERSIDANGAN ROUTES ASIA 20242022-09-19T09:59:49+08:00

SESI LIBAT URUS PERBADANAN KEMAJUAN CAMERON HIGHLAND (PKCH) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI

Sesi Libat Urus Perbadanan Kemajuan Cameron Highland (PKCH) dan Lembaga Pembangunan Langkawi telah diadakan pada 21 Ogos 2022 dimana Lada diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tn. Nasaruddin bin Abdul Muttalib dan seramai 10 orang delegasi daripada PKCH yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, PKCH Tn. Syed Ahmad Khairulanwar Alyahya Bin Syed Abdul Rahman, AAP. Sesi [...]

SESI LIBAT URUS PERBADANAN KEMAJUAN CAMERON HIGHLAND (PKCH) DAN LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI2022-08-24T10:44:58+08:00

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PENGGANTIAN PONTOON DI JETI TELUK BUJUR, PULAU TUBA

Majlis Penyerahan Projek Penggantian Pontoon di Jeti Teluk Bujur, Pulau Tuba Langkawi, Kedah oleh Jabatan Kerja Raya kepada Lembaga Pembangunan Langkawi Tarikh : 21 Ogos 2022 Wakil JKR : Pengarah Jkr Negeri Kedah Wakil LADA : KPE Projek siap 7 bulan lebih awal. Tarikh siap sebenar pd 30 Mac 2023 [...]

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PENGGANTIAN PONTOON DI JETI TELUK BUJUR, PULAU TUBA2022-08-24T10:44:54+08:00

PERBINCANGAN PELAKSANAAN PENDEKATAN AUDIT SECARA REMOTE

21 Ogos 2022 - Satu perbincangan di antara pihak LADA dan Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Jabatan Audit Negara telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan pendekatan audit secara remote. Perbincangan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Sektor Pengurusan meliputi kaedah-kaedah pelaksanaan, ketersediaan agensi, cabaran dan kekangan semasa yang perlu dihadapi serta cadangan-cadangan bagi merealisasikan [...]

PERBINCANGAN PELAKSANAAN PENDEKATAN AUDIT SECARA REMOTE2022-08-24T10:44:51+08:00

MESYUARAT JEMAAH PENGARAH LADA BIL. 2/2022

Mesyuarat Jemaah Pengarah LADA Bil. 2/2022 telah berlangsung di Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi. Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara bersama oleh YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah dan YBhg. Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah. Mesyuarat turut dihadiri oleh YB. Dato' Paduka Ammar bin Dato' Shaikh Mahmood Naim, [...]

MESYUARAT JEMAAH PENGARAH LADA BIL. 2/20222022-08-24T10:44:46+08:00
Go to Top