Buat pertama kalinya YBhg Dato’ Haslina binti Abdul Hamid telah menjejakkan kaki ke salah satu kawasan konservasi Kubang Badak BioGeotrail dalam program “Geopark Outing with CEO’s LADA” pada Selasa lepas.

Program yang memperkenalkan YBhg Dato’ kepada pengenalan terhadap salah satu kawasan yang bernilai tinggi dalam memberi sumbangan kepada pembangunan komuniti dan juga pelancongan Langkawi UNESCO Global Geopark khususnya.

Antara geotapak, biotapak dan lokasi menarik yang terlibat sepanjang program ini ialah Pekampungan Sungai Siam, Bukit Menora, Kebung Arang, Gua Pinang, Tanjung Didih, Pulau Jemuruk, Pulau Pasir dan Pulau Dangli. Kesemua lokasi ini merupakan laluan utama para pengunjung setiap kali berkunjung ke Kubang Badak BioGeotrail.

Selain lokasi Kubang Badak BioGeotrail yang unik serta dikelilingi pokok bakau yang menjadi zon penampan tapak warisan ini, terdapat juga kemudahan ‘mangrove cruise’ yang menarik perhatian ramai. Kemudahan ini bakal dijadikan salah satu tarikan baru dan utama di Kubang Badak BioGeotrail tidak lama lagi.

#KubangBadakBioGeotrail #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp #NaturallyLangkawi #LangkawiBestWeyy!