1 Februari 2024 (Khamis) – Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad sesi akademik 2023/2024 telah diadakan pada hari ini.

LADA diwakili oleh Encik Mohamad Firdaus Helmi Bin Fazil, Unit Khidmat Korporat bagi menerima Anugerah Khas kepada LADA iaitu Anugerah Bakti SK Penghulu Ahmad 2023/2024.

Anugerah ini disampaikan kepada LADA atas usaha berterusan dalam membantu membangunkan modal insan dan komuniti Langkawi melalui pelbagai program, acara serta sumbangan CSR kepada komuniti Langkawi.

Pada masa yang sama, LADA turut menyalurkan sumbangan kepada pihak sekolah melalui program CSR bagi pemasangan penghawa dingin bagi kegunaan Bilik Pendidikan Khas di SK Penghulu Ahmad.

LADA berharap dengan adanya majlis anugerah ini kepada pelajar yang cemerlang akan meningkatkan lagi semangat dan usaha mereka untuk lebih berjaya di masa hadapan.

#CemerlangSKPA #AnugerahBaktiLADA #PrestasiPelajar #TerusBerjaya