Syarikat MYAirline telah membuat perbincangan bersama pihak LADA bagi kerjasama strategik untuk meningkatkan penerbangan ke Langkawi.
My Airlines mempunyai 3 pesawat A320 buat masa ini dan akan beroperasi di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2.
Walaupun masih belum beroperasi, syarikat telah menyatakan keterujaan mereka tentang pesaing baharu dalam arena itu malah dengan penuh semangat dapat memberi inspirasi kepada perkhidmatan berkualiti yang lebih baik daripada semua syarikat penerbangan tempatan tambang murah.
LADA mengalu-alukan kedatangan syarikat penerbangan MYAirline ke Langkawi dengan dapat meningkatkan statistik pelancong ke pulau ini.