Langkawi, 13 November 2021 – Karnival Jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) diadakan bermula 11 hingga 14 November 2021 di Dataran Cenang. LADA turut terlibat dalam penganjuran karnival ini melalui urusan penyelarasan penyertaan usahawan Langkawi, penyelarasan lawatan ke Kompleks Kraf Langkawi serta pengisian aktiviti karnival. Seramai 20 orang usahawan Langkawi terlibat dalam karnival yang berlangsung selama empat (4) hari ini.

Pada 13 November 2021, YB Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri KPDNHEP telah merasmikan karnival ini. Penyampaian sijil penghargaan kepada LADA serta semua agensi yang terlibat turut diadakan semasa majlis perasmian tersebut.