Langkawi, 20 Januari 2022 – Sebanyak tiga lagi projek kecil komuniti yang telah selesai diserahkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kepada komuniti tempatan.

Kali ini, YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA turun padang bagi menyempurnakan sesi penyerahan ketiga-tiga projek siap tersebut. Projek-projek yang dimaksudkan melibatkan Dewan Orang Ramai Kampung Mata Ayer, Surau Haji Din Kuala Melaka serta Jeti Nelayan dan Pelancongan Kubang Badak.

Semoga semua projek kecil komuniti LADA ini akan dapat meningkatkan kualiti dan mempelbagaikan aktiviti kehidupan harian penerima dan penduduk tempatan Pulau Langkawi.

#ProjekKecilKomuniti
#LADA
#KitaJagaLangkawi
#DemiLangkawi
#KitaJagaKita
#KomunitiLangkawi
#KomunitiSejahtera