Langkawi, 30 Disember 2021 – Sebanyak tiga projek kecil komuniti yang telah disempurnakan pada tahun 2021 diserahkan kepada komuniti Langkawi. Sesi ini telah dikendalikan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melalui Unit Khidmat Korporat. Antara projek kecil komuniti yang terlibat adalah Surau Sekolah Kebangsaan Kelibang, Masjid At-Tasnim Kampung Bayas dan Maahad Tahfiz An-Nabawi Langkawi. Sesi serahan ini telah disempurnakan oleh Puan Nordiana binti Nordin, Pengurus Unit Khidmat Korporat LADA.

Bantuan projek kecil komuniti ini merangkumi sumbangan bekalan karpet surau, peralatan sistem pembesar suara dan jam digital mengikut keperluan permohonan.

LADA mengharapkan projek-projek kecil komuniti ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada penerima dan komuniti bumi legenda ini.

#ProjekKecilKomuniti
#LADA
#KitaJagaLangkawi
#DemiLangkawi
#KitaJagaKita
#KomunitiLangkawi