Langkawi, 13 Januari 2022 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama rakan pintar iaitu Kelab Sukan dan Kebajikan LADA (KSKL), PUSPANITA LADA, Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), Langsura Geopark Sdn. Bhd. (LGSB), Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB), Telaga Harbour Sdn. Bhd. dan Elegant Services Sdn. Bhd. telah melancarkan Tabung Bencana Langkawi Prihatin.

Sumbangan keseluruhan sebanyak RM32,200 telah berjaya dikutip melalui tabung yang dilancarkan ini. Hasil kutipan sumbangan juga telah disampaikan kepada lima buah sekolah dan lima buah surau terpilih yang terkesan akibat bencana banjir di daerah Klang. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Selangor dengan kerjasama pejabat Pendidikan tersebut serta Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Sumbangan telah disampaikan oleh pasukan Langkawi Prihatin yang diketuai oleh YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan) LADA.