Langkawi merupakan syurga pulau yang memiliki pantai yang bersih, gugusan pulau yang sunyi lagi terpencil dan kawasan perlindungan alam semula jadi yang terkenal kerana hidupan liar yang eksotik, tumbuhan tropika dan formasi batuan yang setua usia Bumi. Bagaimanapun, potensi sebenar Langkawi masih belum diserlahkan sepenuhnya. Langkawi mampu untuk memasuki senarai 10 pulau dan destinasi eko-pelancongan terbaik dunia menjelang 2015.
SASARAN BLUEPRINT PELANCONGAN LANGKAWI 2015
INISIATIF BLUEPRINT PELANCONGAN LANGKAWI
Produk
Infrastruktur
Pembolehdaya
STATUS PELAKSANAAN PROJEK
Inisiatif Blueprint Pelancongan Langkawi keseluruhannya adalah berjumlah 88, dengan peruntukan sebanyak RM310,830,903.00. Berdasarkan jadual pelaksanaan projek yang disediakan oleh agensi-agensi pelaksana di bawah Blueprint, status pelaksanaan projek mengikut tahap penyampaian sehingga 31 DISEMBER 2015 adalah seperti berikut:
PENCAPAIAN/KEBERHASILAN
Bermula tahun pertama pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi ini, pelbagai usaha dan inisiatif pengukuhan yang dilaksanakan telah menjurus kepada outcome dan sasaran yang ditetapkan. Sehingga kini, pencapaian outcome Blueprint telah menunjukkan pencapaian yang positif dan cemerlang melepasi sasaran yang ditetapkan dari aspek kedatangan pelancong, pendapatan pelancongan, nilai pelaburan dan tambahan peluang pekerjaan. Rajah dibawah menunjukkan pencapaian outcome Blueprint Pelancongan Langkawi sehingga 31 DISEMBER 2015
Secara ringkasnya kedatangan pelancong dan pelawat bagi tahun 2012 hingga 2015 telah merekodkan jumlah pengunjung melebihi 3 juta orang menunjukkan peningkatan 20% dimana telah melepasi sasaran yang ditetapkan oleh Blueprint Pelancongan Langkawi. Rekod ini menunjukkan bahawa pelaksanaan inisiatif/projek di bawah Blueprint ini telah memberikan kesan outcome yang memberangsangkan terhadap industri pelancongan Langkawi. Pencapaian ini adalah hasil usaha dan kerjasama erat antara penggiat industri pelancongan, penduduk Langkawi dan semua agensi pelaksana di bawah Blueprint.
Kajian terbaru yang dilaksanakan oleh Universiti Sains Malaysia juga menunjukkan bahawa purata perbelanjaan pelancong ke Langkawi bagi tempoh penginapan selama 3 hingga 4 malam terdapat peningkatan iaitu sebanyak RM1,500 bagi pelancong domestik dan RM3,100 bagi pelancong antarabangsa. Berdasarkan purata perbelanjaan tersebut jumlah keseluruhan perbelanjaan pelancong yang hanya menginap di hotel sehingga suku tahun ketiga 2015 adalah sebanyak RM3.99 bilion.
Pelaksanaan Blueprint ini juga telah menggalakkan kemasukan pelaburan ke Langkawi. Sehingga kini, nilai pelaburan yang dimuktamadkan adalah bernilai RM11.9 billion dan telah melebihi sasaran yang telah ditetapkan oleh Blueprint. Sektor pelaburan ini terdiri daripada pembangunan hotel, pusat tarikan pelancongan, perumahan dan pusat komersil. Daripada jumlah ini, sebanyak RM6.4 bilion projek dalam fasa pelaksanaan.
Dari aspek peluang pekerjaan, statistik Jabatan Tenaga Kerja telah merekodkan jumlah pertambahan peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan sejak tahun 2011 adalah sebanyak 7,399 yang berpendapatan RM2,000 ke atas. Jumlah ini menunjukkan bahawa pelaksanaan Blueprint telah memberikan impak yang sangat besar dalam menjana pekerjaan baru serta guna tenaga di Langkawi.
Lain-lain indicator yang turut menunjukkan pencapaian outcome terhadap pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi juga adalah peningkatan pengangkutan udara. Pelbagai kaedah dan strategi telah giat dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta LADA sendiri bagi meningkatkan semula jumlah kemasukan pelancong ke Langkawi antaranya meningkatkan kerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa, menggiatkan program promosi domestik dan melaksanakan promosi melalui pemasaran digital. Sehingga 31 Disember 2015, jumlah penerbangan berjadual yang direkodkan adalah sebanyak 227 seminggu manakala bagi penerbangan sewa khas (charter flights) adalah sebanyak 53 penerbangan (peningkatan sebanyak 51% berbanding 2014).
PENGIKTIRAFAN
Pada tahun 2015, Langkawi sekali lagi telah dipilih oleh Trip Advisor sebagai “Traveler’s Choice” untuk tiga tahun berturut-turut selain menyenaraikan sebagai “Top 10 Island In Asia”. Google juga menobatkan Pulau Langkawi, Kedah sebagai destinasi paling popular di antara 10 destinasi yang menjadi tumpuan pengguna enjin cariannya sepanjang 2015.
Pengiktirafan yang diterima ini,mencatatkan Langkawi berada pada landasan yang tepat dalam mencapai sasaran Blueprint Pelancongan Langkawi iaitu menjadikan Langkawi sebagai 10 pulau dan destinasi eko-pelancongan terbaik di dunia.
Walaupun, tiada badan atau organisasi khusus diperingkat antarabangsa yang memantau ranking kedudukan destinasi pelancongan dunia. LADA terus memantau kedudukan Langkawi menerusi majalah pelancongan terkemuka dunia dan laman-laman web utama seperti Trip Advisor, Lonely Planet, National Geographic, BBC Travel dan CNN Travel.