Rekabentuk keseluruhan logo ini diilhamkan daripada motif rekabentuk ‘Sarang Madu Lebah’ yang membawa banyak falsafah dan pengertian, khususnya dalam aspek pembangunan.

Kombinasi abjad L.P.L dalam logo adalah sedutan daripada perkataan Lembaga Pembangunan Langkawi yang diolah ke arah pendekatan grafik yang kukuh, dalam erti kata Lembaga sebagai pendukung dan nadi pembangunan Pulau Langkawi.

Objek-objek burung helang dan luncur layar melambangkan kebebasan Langkawi sebagai sebuah pulau pelancongan dan pelabuhan bebas cukai. Objek burung helang juga melambangkan unsur agresif Lembaga sebagai sebuah badan penggerak dalam membangunkan Pulau Langkawi. Objek rumah tradisi pula melambangkan pengekalan unsur-unsur tradisi dan alam semulajadi walaupun Langkawi bakal membangun ke arah pembangunan yang lebih pesat.

Warna HIJAU, BIRU dan MERAH melambangkan keutuhan dan kekuatan.

POLISI TIADA HADIAH LADA

AKUAN INTEGRITI LADA

Rasuah telah menjadi halangan utama kepada kemajuan ekonomi, politik dan sosial negara kita. Semua pihak berkepentingan seperti Kerajaan, rakyat dan sektor swasta perlu bekerjasama untuk membanteras gejala rasuah.

Warga kerja LADA sentiasa komited dan berwaspada, berkelakuan jujur dan berintegriti dalam menyokong usaha membanteras rasuah.
Warga kerja LADA:

LAGU RASMI LADA

[RANGKAP 1]
Meniti Ombak Mengharungi Gelombang
Menuju Destinasi Indah Ciptaan Tuhan
Dengan Senyuman Tanda Kemesraan
Khidmat Kami Penuh Keikhlasan
[RANGKAP 2]
Seiring Dengan Era IT Terkini
LADA Berdiri Megah Di Persada Langkawi
Menabur Bakti Di Bumi Mahsuri
Tegap, Teguh Dan Berinovasi, Bervisi
[KORUS]
Hijau, Biru Dan Merah Lambang Keutuhan
Kekuatan Menjadi Landasan Wawasan
Kami Teraju, Pendukung Dan Nadi
Pembangunan Pulau Langkawi
[OUTRO]
Perkhidmatan, Pelancongan
Darat Dan Lautan
Sosio Ekonomi Kami Rencanakan
Menjana Minda Masyarakat, Nusa Dan Bangsa
Repeat [KORUS] and [OUTRO]
Repeat [KORUS]
Kami Teraju, Pendukung Dan Nadi
Pembangunan Pulau Langkawi
Lirik oleh : Azman bin Long