Langkawi, 21 Februari 2022 – Program anjuran LADA dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ini memberi fokus tawaran kemudahan pembiayaan perniagaan 0% kepada golongan usahawan kecil dan mikro bagi menyokong kelangsungan perniagaan untuk terus bertahan dan memajukan semula perniagaan dalam menghadapi situasi ekonomi yang mencabar ketika ini.
Melalui sesi libat urus ini, peserta program telah mendapat bimbingan terus daripada pihak BIMB berkaitan proses permohonan Pembiayaan Mikro BangKIT. Semoga usahawan Langkawi dapat menggunakan kemudahan pembiayaan ini dalam menambah baik perniagaan dan memastikan modal pusingan mereka dapat diuruskan dengan lebih baik.