Menghargai anak-anak atau pelajar cemerlang di Langkawi merupakan salah satu inisiatif yang diterokai oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). LADA dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi telah menjalin kolaborasi bersama Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB), Langsura Geopark Sdn Bhd (LGSB) dan Langkawi Port Sdn Bhd (LPSB) bagi menjayakan Anugerah Kecemerlangan Pelajar (A-KAWI) bertempat di Ballroom, Hotel Bayview Langkawi pada malam ini. Anugerah ini direka khas bagi memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama persekolahan.
Pada tahun ini, seramai 63 orang pelajar cemerlang yang terdiri daripada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dari lapan (8) buah sekolah menengah di Langkawi.
Dalam majlis yang sama juga, empat (4) buah sekolah turut dinobatkan bagi kategori Anugerah Khas iaitu Maktab Mahmud Langkawi (Sekolah Menengah Terbaik SPM), Sekolah Menengah Tunku Putera (Sekolah Menengah Terbaik STPM), Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi (Lonjakan Perdana Sekolah Menengah Terbaik SPM). Selain itu, pada tahun ini Anugerah Pelajar Terbaik (keseluruhan) telah dianugerahkan kepada adik Rukiah Binti Abdul Rahmad dari SMK Tunku Putera bagi peperiksaan STPM dan bagi peperiksaan SPM pula disandang oleh adik Dayana Najdah binti Fauzi dari Maktab Mahmud Langkawi.