Pada 21 hingga 25 Mei 2021, Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tuan Nasaruddin Abdul Mutalib dengan diringi pegawai-pegawai agensi tersebut telah mengadakan lawatan tapak ke beberapa lokasi di bawah pengurusan LADA bagi memantau prestasi projek-projek yang sedang dilaksanakan. Berikut adalah lokasi-lokasi yang terlibat dan tindakan-tindakan susulan yang perlu dilaksanakan:
1. Geopark Discovery Centre di Kampung Kilim
Tindakan: Pembaikan kecacatan oleh kontraktor perlu dilaksanakan segera dengan penyelarasan bersama JKR.
2. Projek Naik Taraf Dewan MIEC di Padang Matsirat
Tindakan: Urusan pelantikan perunding dan garis masa kerja akan diberi perhatian supaya kerja-kerja reka bentuk dapat dimulakan dengan segera.
3. Lawatan ke Projek oleh Sentoria Group Berhad
Tindakan: Mengenal pasti tindakan lanjut bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit.
4. Projek Pembinaan Auditorium Kota Mahsuri.
Tindakan: Penyediaan rancangan pemulihan (recovery plan) serta penambahan tenaga kerja di tapak binaan akan diuruskan dengan segera oleh kontraktor serta dipantau oleh JKR.
5. Projek Pembinaan Jambatan di Sungai Perangin
Tindakan: Pihak kontraktor diminta mengemukakan rancangan pemulihan (recovery plan) projek di samping menyelaras dengan segera kerja pengalihan utiliti bersama JKR.
6. Projek Pembinaan Tandas di Tasik Dayang Bunting
Tindakan: Beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan kepada kontraktor seperti penambahan tenaga kerja di tapak projek dan penyediaan pelan pemulihan projek.
7. Projek Naik Taraf Jeti Pelancongan Kuah
Tindakan: Pihak LADA telah memberi cadangan penambahbaikan seperti pengenalpastian strategi pengurusan yang komprehensif dan penyegeraan pelantikan perunding.
Sesi sebegini akan diteruskan bagi memastikan projek-projek LADA dapat berjalan dengan lancar.