YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) turun padang meninjau projek penanaman tebu oleh Encik Fairus bin Mohd Zuki di Kampung Nyior Chabang dan projek penternakan itik oleh Puan Naimah binti Ismail di Kampung Bohor Merah.
Kedua-dua usahawan tani Langkawi ini menerima bantuan memulakan perniagaan Peluang Ekonomi Baru di bawah Pelan Tindakan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (HELANG). Diharapkan bantuan ini dapat membantu menjayakan sektor ekonomi baru yang diceburi mereka.
#PeluangEkonomiBaru
#HELANG
#LangkawiBangkit
#kitajagaLangkawi
#kitajagakita
#kitamestimenang
#orangLangkawi
#LangkawiLuarBiasa
#KitaJagaLangkawi
#stronger2gether
#strongerthanb4