Langkawi, 30 Oktober 2021 – Ketua Pegawai Eksekutif LADA, YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib hari ini telah merasmikan pembukaan cawangan Mokti’s Aiskrim Gula Apong di Langkawi. Cawangan ini merupakan yang ke-48 di Malaysia dan satu-satunya cawangan berstatus ‘signature’ buat masa ini.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) LADA, YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin serta Ketua Pegawai Pemasaran, Encik Pengiran bersama pengasas Mokti’s Aiskrim Gula Apong, Puan Siti Fatimah.
Mokti’s Langkawi menawarkan pelbagai jenis aiskrim yang sedap dan menarik dengan harga yang berpatutan untuk dinikmati oleh semua penduduk Langkawi dan para pelancong.
#SokongProdukTempatan
#KitaJagaKita
#MoktisIceCreamGulaApong
#MoktisLangkawi