Langkawi, 9 Februari 2022 – Empat orang pegawai dari Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah mengadakan lawatan ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada hari ini.
HRD Corp mengambil peluang untuk berkongsi maklumat mengenai peranan dan fungsi mereka dalam membantu pemain industri dan komuniti Langkawi.
Perbincangan juga berkisar mengenai peluang kerjasama yang boleh diteroka antara kedua-dua pihak.
Semoga sesi perkongsian maklumat ini dapat memberi manfaat dalam perancangan program secara kolaborasi strategik antara LADA dan HRD Corp bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran sumber manusia di Langkawi.