2 orang pegawai dari Bahagian Pelancongan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menghadiri Program Promosi Antarabangsa: Tourism Malaysia Roadshow bertempat di Moscow, Russia. Sesi B2B ini disertai oleh 9 ejen pelancongan dari Malaysia dan 2 buah organisasi pelancongan negeri iaitu LADA dan Tourism Selangor bertempat di InterContinental, Moscow.
Sesi ini telah dihadiri oleh 72 agen pelancongan dari Moscow yang terus menyatakan minat dan mendapatkan informasi terkini berkaitan pelancongan dan kesediaan Langkawi dan Malaysia secara amnya.
Selain itu juga, pihak ejen pelancongan Moscow telah menyatakan minat terhadap insentif yang ditawarkan dari Langkawi dan ini akan memberi peluang untuk lebih ramai pelancong dari Rusia dan Asia Tengah untuk sampai ke Pulau Langkawi seperti tahun-tahun sebelumnya.
#99magicalislands
#LangkawiBestWey
#NaturallyLangkawi