Simbolik kepada usaha memvariasikan acara pelancongan di pulau legenda ini, satu Majlis Makan Malam Sempena HOG Rally Langkawi telah diadakan bertempat di Aseania Resort and SPA, Langkawi pada 11 Oktober 2022.
HOG Rally Langkawi 2022 ini telahpun bermula pada 10 Oktober dan akan berakhir pada 13 Oktober 2022.
Penyertaan yang memberansangkan daripada hampir 120 orang peserta dari seluruh Malaysia termasuk Switzerland, Indonesia, Singapura, Thailand, dan USA menyaksikan bahawa Langkawi masih menjadi pilihan rakyat negara ini. Menariknya, sebanyak 62 buah motorsikal Harley Davidson telah dibawa masuk ke Langkawi bagi tujuan penganjuran acara ini.
White Eagle Motor Club (WEMC), Langkawi antara pihak yang menyokong semasa acara ini berlangsung.
#naturallylangkawi
#langkawihubsukan