Kursus Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan telah diadakan pada 03-04 Oktober 2022 bertempat di DKawi Chocolate Shoppe, Gerai MPL Taman Seri Berlian, Langkawi. Kursus yang dianjurkan dengan kerjasama di antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama Lembaga Koko Malaysia (LKM) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti Langkawi untuk menceburi perusahan coklat buatan tangan ini sebagai medium dan alternatif untuk menjana pendapatan sampingan. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 13 orang usahawan Langkawi turut dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Che Ani@Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA (Pengurusan)
Melalui kursus ini usahawan diberi pendedahan berkaitan teknik pencairan ‘tempering’ dan penghasilan coklat bar, teknik pembuatan kelongsong coklat dan penghasilan coklat berinti serta teknik penghasilan coklat salutan melalui teknik celupan.
Selain itu, LADA telah mengambil peluang mengadakan Mesyuarat Pembangunan Usahawan Coklat Bersama Usahawan Langkawi bagi membincangkan isu-isu berkaitan cukai terhadap produk coklat buatan tangan Langkawi dan perancangan program berkaitan usahawan coklat pada tahun 2023.
Diharapkan usaha yang diambil ini dapat menggalakan penglibatan masyarakat di dalam sektor hiliran berasaskan komoditi koko serta terus mengambil peluang meneroka bidang perniagaan baru.
#kitajagalangkawi
#jomtambahilmu
#lada&usahawanlangkawi
#demilangkawi
#UsahawanLangkawi
#ProjekEkonomiBaru
#HELANG
#LADA