LADA dengan kerjasama AADK Langkawi telah menganjurkan Program Community Empowerment dan Program Keluarga Bebas Dadah bertempat di Pulau Tuba, Langkawi.
Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang peka tentang penyalahgunaan dadah melalui pemerkasaan komuniti setempat dengan meningkatkan kefahaman ketua-ketua masyarakat tentang situasi semasa dan bahaya dadah. Program berbentuk ceramah dan bengkel kesedaran ini dihadiri seramai 150 peserta yang merupakan penduduk komuniti setempat.
Sama-samalah kita menghindari najis dadah agar Pulau Langkawi berdaya maju.
#LADABersamaKomuniti
#DadahMusuhNegara
#UNESCO
#BRINGBACKYOURTRASH