LADA telah menerima lawatan kerja seramai 26 orang dari Majlis Daerah Setiu yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan Derah Setiu dan ahli-ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Lawatan ini diketuai oleh Setiausaha Majlis Daerah Setiu, Encik Che Ab Razak bin Che Wel.
Sesi taklimat berkenaan perancangan dan pembangunan Langkawi disampaikan oleh Puan Yusazlinda binti Mat Yusof, Penolong Pengurus Bahagian Perancangan, LADA. Turut hadir bersama Encik Saiful Rizam bin Superi, Penolong Pengurus Kanan Bahagian Perancangan, LADA.