Lembaga Pembangunan Langkawi telah menerima lawatan daripada PUSPANITA Negeri Perlis ke Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia yang terletak di Laman Budaya, Wing B Kompleks LADA. Lawatan tersebut telah diketuai oleh YBhg Datin Seri Roslina binti Mior Adzlan , Pengerusi PUSPANITA Negeri Perlis dan diiringi oleh Puan Maimunah binti Yaacob, Pengerusi PUSPANITA LADA. Lawatan ini diadakan bagi memberi pendedahan serta menambah ilmu pengetahuan berkaitan kemudahan yang ada di Ruang Reka STIE. Selain tu, ianya dapat mempromosikan penggunaan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia sebagai tempat menjalankan aktiviti inovasi dan lain-lain.

Masyarakat setempat terutamanya para pelajar di Langkawi berpeluang menjalankan aktiviti inovasi dengan menggunakan teknologi sedia ada seperti pencetak 3D, dron, mesin pencetak pakaian dan peralatan lain secara praktikal. Selain itu juga, komuniti di kawasan Langkawi berpeluang menggunakan hab ruang reka yang menggabungkan elemen bengkel mesin, bengkel kraftangan (seni dan kraftangan) atau studio.

Diharapkan dengan adanya fasiliti ini, komuniti di setiap lapisan masyarakat dapat mengambil peluang menggunapakai kemudahan yang disediakan untuk meningkatkan ilmu dalam bidang inovasi serta kreatif selain meningkatkan taraf hidup. Bagi pihak yang berminat untuk menggunakan Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia ini bolehlah menghubungi Puan Khairunnisa binti Othman di talian 04 9600 642.

#jomtambahilmu
#lada&usahawanlangkawi
#demilangkawi
#UsahawanLangkawi
#LADA