Langkawi, 25 Januari 2023 – Seramai 22 orang peserta telah menghadiri Program Bizclinic anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi dengan kerjasama pihak INSKEN bertempat di Ruang Reka STIE, Keluarga Malaysia, Kompleks LADA. Program ini dibantu oleh dua orang pakar daripada INSKEN yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang keusahawanan serta berperanan sebagai biskaunselor iaitu En. Abdul Latif bin Nabibas dan En. Darwis Asrul Hadi bin Daud disertai juga oleh seorang pegawai dari INSKEN Kuala Lumpur iaitu En. Zuhairi Razi bin Zamir Rizal.

Program Bizclinic adalah sesi konsultasi bisnes yang diberikan secara percuma kepada semua usahawan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta mengenalpasti masalah yang dihadapi demi meneruskan kelangsungan perniagaan. Sesi perbincangan dan kaunseling secara bersemuka ini mengambil masa 20 hingga 30 minit bagi setiap peserta.

Selain itu, biskaunselor juga akan memberikan panduan dan cadangan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi serta memberi maklumat mengenai bantuan perniagaan yang disediakan oleh kerajaan.

#kitajagalangkawi
#jomtambahilmu
#lada&usahawanlangkawi
#demilangkawi
#UsahawanLangkawi
#LADA