31 Januari 2023, Lembaga Pembangunan Langkawi telah menyantuni jemputan TMOne untuk menyertai sesi bengkel “Digital Advertising and Analytic Platform” di Hotel Adya Langkawi.
Bengkel ini telah disertai oleh pegawai-pegawai Unit Khidmat Korporat, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Pelancongan serta Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan. Turut serta hadir dalam majlis pembukaan bengkel ini, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Tn. Hj. Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai kaedah terbaik dalam mempromosikan Langkawi menggunakan platform digital.
Semoga Pulau Langkawi menjadi tumpuan kepada agenda pendigitalan pada masa akan datang seterusnya memberikan impak positif kepada industri pelancongan Langkawi.