Langkawi Invest Day 2023 telah berlangsung pada 12 Februari 2023 di Aloft Hotel Langkawi. Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan peluang-peluang pelaburan baru khususnya sektor perkhidmatan pelancongan yang masih belum diterokai di pulau ini.
Pelaksanaan program ini dilihat dapat membantu merancakkan semula industri pelancongan dan pertumbuhan ekonomi pulau ini terutamanya dalam usaha menjadikan Langkawi destinasi utama pelancongan termasuk pelancongan perubatan.
Dalam pada itu, LADA amat optimis dalam menarik pelaburan berkaitan teknologi hijau ke pulau ini. Ini adalah salah satu inisiatif untuk kelestarian alam sekitar bumi Langkawi.
Semoga pembangunan dan pelaburan baharu di pulau lagenda ini menjadi nilai tambah kepada industri pelancongan dan dapat meningkatkan ekonomi Langkawi.
#LangkawiBestWey
#NaturallyLangkawi
#Investment