Langkawi, 19 Februari 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti telah menganjurkan Kursus Asas Barista yang telah berlangsung selama 4 hari bermula pada 16-19 Februari 2023. Seramai 10 orang peserta telah mengambil peluang mengikuti kursus ini yang diadakan bertempat di Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Jalan Pantai Chenang, Mukim Kedawang.

Melalui kursus ini para peserta telah diberi pendedahan berkaitan modul asas barista iaitu mengenali peralatan mesin kopi serta Espresso dan teknik mengukus susu (milk steaming) yang dikendalikan oleh En. Jeffri dan Puan Farah Adilah. Seterusnya para peserta turut mempelajari teknik penyediaan Cappucino, Latte, Mocha, Macchiato & Affogato bersama En. Jeffri dan Puan Zairina.

Selain itu, kursus ini merangkumi pembelajaran modul Canva for Social Media dan Mobile Photography/Videography bersama Puan Norhanani bin Harun dan modul terakhir iaitu Kursus Pengendalian Makanan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Semoga ilmu yang diperolehi dapat diaplikasikan serta dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan Langkawi dalam perniagaan masing-masing dan bakal usahawan di masa akan datang.

#kitajagalangkawi
#jomtambahilmu
#lada&usahawanlangkawi
#demilangkawi
#UsahawanLangkawi
#LADA