LADA telah menerima kunjungan daripada Ural Association of Tourism, Russia yang diketuai oleh En Jefri Munir, Pengarah Tourism Malaysia di Moscow bersama 4 orang wakil daripada persatuan tersebut. Kunjungan ini telah diadakan di ‘rooftop’ Goldsands Hotel Langkawi pada 20 Februari 2023 dan melibatkan beberapa pemain industri pelancongan di Langkawi.
Di dalam perbincangan tersebut pelbagai agenda dan perkara telah diketengahkan terutamanya berkaitan pelancongan Langkawi. Selain itu, pihak Ural turut menyatakan minat untuk menjadikan Langkawi sebagai salah satu destinasi percutian yang boleh ditawarkan kepada penduduk Russia.
#naturallylangkawi
#99magicalisland