Langkawi, 21 Februari 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi telah mengadakan Program Transfer of Technology (TOT) iaitu Kursus Asas Mencetak Baju Siri 3 bertempat di Ruang Daya Cipta, Kompleks LADA. Program ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang melibatkan penyertaan seramai 35 orang peserta terdiri daripada agensi/jabatan kerajaan dan juga komuniti setempat menggunakan Flexsible Silkscreen Printing Table (Flexsilk).
Objektif program TOT ini dilaksanakan bagi memberi bimbingan dan latihan agar komuniti Langkawi dapat menggunakan mesin yang disediakan di Ruang Reka serta dapat berkongsi kemahiran tersebut dengan rakan serta masyarakat Langkawi. Selain tu, ianya dapat mempromosikan penggunaan Ruang Daya Cipta sebagai tempat menjalankan aktiviti inovasi dan lain-lain.
Melalui kursus ini para peserta telah diberi pendedahan berkaitan pengenalan keperluan asas dan bahan-bahan cetakan, praktikal membuat blok cetakan, proses menghasilkan gambar pada blok cetakan seterusnya mempelajari cara-cara mencetak baju.
Ruang Daya Cipta merupakan salah satu program membudayakan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi melalui ruang komuniti yang dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan, berkemahiran, kreatif dan berinovatif.
#LADAbersamakomuniti
#STIE@LADA@Langkawi
#membangunbersama