Langkawi, 27 Februari 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan satu forum khas iaitu Ocean Malaysia Forum: Perkongsian Matlamat Demi Kelestarian Laut Andaman, Langkawi Sebagai Tapak Permulaan (Demonstration Site).

Bengkel Kolaborasi Ocean Malaysia telah dirasmikan oleh Dr. Azmil Munif bin Bukhari, Timbalan Pengurus Bahagian Pelancongan, LADA. Turut hadir bersama adalah Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim, Pengarah LESTARI bagi mewakili UKM. Forum Ocean Malaysia ini telah dihadiri oleh seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada semua pihak berkepentingan termasuklah ahli akademik, pihak kerajaan, NGO, pihak swasta, dan komuniti setempat.