Program gotong-royong sempena Sambutan Ulang Tahun LADA yang ke-33 telah diadakan pada 1 Mac 2023 melibatkan kerja-kerja mengecat hardscape.

Gotong-royong ini melibatkan 60 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan LADA.

Program ini juga bertujuan untuk menceriakan kawasan Taman Lagenda sekaligus mengeratkan hubungan silatulrahim antara keluarga LADA.