2 Mac 2023 – LADA telah menerima satu lawatan rasmi daripada pegawai dan kakitangan Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu.

Delegasi lawatan ini telah diketuai oleh Yang Mulia Haji Raja Izuddin bin Haji Raja Ahmad, Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu.

Sesi perkongsian berkaitan fungsi jabatan dan pembangunan pelancongan di Langkawi telah disampaikan oleh Puan Nordiana binti Nordin, Pengurus Unit Khidmat Korporat LADA.

Diploma dalam Pengurusan Pelancongan antara program yang ditawarkan oleh Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu dan mereka mempunyai tahap kebolehpasaran graduan yang tinggi.