05 Mac 2023 – Unit Integriti LADA telah menganjurkan Program Bicara Integriti bertajuk “Menjaga Integriti Diri & Jabatan. Apa Yang Perlu Kita Lakukan?” yang telah dihadiri seramai 125 orang warga kerja LADA dan anak syarikat LADA.

Penceramah jemputan adalah YBhg. Prof Dr. Haim Hilman Abdullah, Profesor dari Universiti Utara Malaysia. Objektif penganjuran program ini adalah untuk menerapkan nilai integriti dalam menjadi pemangkin kepada semua warga LADA supaya berterusan berusaha mempertingkatkan mutu kerja yang berintegriti, berakhlak mulia dan cemerlang dalam semua aspek.

Perkongsian pengalaman dan ilmu daripada penceramah jemputan sedikit sebanyak memberi buah fikiran kepada LADA dalam menjayakan agenda pemantapan integriti kelak.