8 Mac 2023, Langkawi – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menjemput Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk menyampaikan taklimat dan perkongsian berkaitan Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (HELANG) dan Langkawi Tourism Recovery Plan (T-REC) di The Frangipani Langkawi Resort.

MBJB bersama agensi-agensi kerajaan di Johor Bahru dalam lawatan penanda aras selama 3 hari di Langkawi diketuai oleh Datuk Bandar, Dato’ Haji Mohd Noorazam bin Dato’ Haji Osman.

Taklimat disampaikan oleh Penolong Pengurus Kanan, Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan, LADA, Puan Lina Azlina binti Zali. Turut hadir bersama Penolong Pengurus Unit Khidmat Korporat, En. Mohammad Shauqi bin Md Rezali.