9 Mac 2023 – Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat telah diadakan bertempat di Surau Al-Amin, Kompleks LADA sempena Sambutan Ulang Tahun LADA yang ke-33. Program ini merupakan satu bentuk pengharapan kepada Allah SWT supaya LADA terus diberkati dalam mencurahkan bakti di bumi Langkawi. Program ini juga sebagai tanda kesyukuran seluruh warga LADA yang telah diberikan kesempatan untuk berkhidmat bersama LADA.

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat ini dipimpin oleh YBhg. Ustaz Ayob Bin Ahmad bersama-sama 10 orang pelajar tahfiz dari Madrasah Tarbiyatul Auladiah Darul Ulum @ Pondok Kilim, Kg. Kilim. Program ini telah dihadiri seramai 100 orang kakitangan LADA.

Antara pengisian program ini adalah tazkirah yang memperincikan berkaitan keberkatan usia serta perkongsian berkenaan bulan Ramadhan Al Mubarak yang bakal menjelang tiba.