Langkawi melalui Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menyertai Malaysia International Dive Expo 2023 (MIDE) dari 26 hingga 28 Mei 2023 yang memberi tumpuan khusus kepada aktiviti air (water sport & diving) sebagai salah satu usaha LADA untuk menarik kemasukan pelancong domestik dari segmen niche.
Terdapat lebih daripada 70 buah pempamer daripada syarikat dan agensi kerajaan dengan angaran pengunjung melebihi 15,000 orang sepanjang program tersebut berlangsung. LADA telah mempertaruhkan produk pelancongan yang berasaskan aktiviti air. Hasilnya, LADA melalui tiga pemain industri yang dibawa sebagai percubaan telah berjaya merekodkan hasil jualan sebanyak RM74,847.00 sepanjang 3 hari program berlangsung walaupun ini merupakan percubaan pertama LADA.
Dalam expo ini juga, Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, bersama Anakanda Baginda telah berkenan untuk mencemar duli melawat ke booth LADA di MIDE 2023.
Ini membuktikan Langkawi sememangnya Best Wey! Walaupun MIDE merupakan ‘dive expo’ yang memberi tumpuan kepada segment diving dan dalam masa yang sama Langkawi juga terpaksa bersaing sengit dengan Pulau kegemaran para penyelam seperti Tioman, Perhentian, dan Sabah.