Langkawi, 05 Julai 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama pihak Agro Bank Cawangan Kuala Lumpur telah mengadakan Kursus Seni Urus Kewangan bertempat di Dewan Besar Kompleks LADA. Kursus ini telah disertai oleh seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada usahawan Langkawi, kakitangan LADA dan pelajar yang mengikuti bidang keusahawan dari Kolej Vokasional Langkawi.
Kursus ini dikendalikan oleh penceramah dari Agro Bank iaitu En. Mohd. Nazry bin Abdullah Sani dan Puan Roziana Mohammad. Melalui kursus ini para peserta telah diberi pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan yang cekap, latihan rekod buku tunai, tips penyimpanan wang dan penyata kewangan.
Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua usahawan untuk terus meningkatkan produktiviti dan memajukan perniagaan mereka.