INTURA, Sungai Petani, 8 Julai 2023 – Unit Integriti dengan kerjasama Unit Latihan dan Kompetensi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan Program Pemantapan BIP LADA bertempat di INTURA, Sungai Petani. Program ini disertai oleh 38 peserta dan telah diadakan selama tiga hari dua malam bermula pada 6 Julai 2023 hingga 8 Julai 2023.

Program ini telah dikelolakan oleh tenaga fasilitator yang berpengalaman dari INTURA dan penceramah jemputan khas iaitu YBrs. Prof Dr Haim Hilman Abdullah.

Antara pengisian program adalah slot LDK, ceramah motivasi dan aktiviti outdoor seperti Incube dan survival. Penekanan pelaksanaan program ini adalah bagi menerapkan penghayatan nilai teras LADA iaitu BIP (Berpasukan, Integriti, Profesional) serta memberikan pengalaman baru kepada para peserta dalam aktiviti pengukuhan pasukan.

#BIPLADA2023
#integritidihatiku
#LADA@Langkawi