Perwakilan MBJ LADA sesi 2022/2023 telah mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama Perwakilan MBJ Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah serta Perwakilan MBJ Sabah Tourism Board (STB) pada 9-12 Julai 2023 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.
Sesi perkongsian ilmu antara MBJ LADA dan MBJ JKM dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hajah Diyaanah Binti Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Pentadbiran), manakala sesi bersama Perwakilan MBJ STB dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Julinus Jefferay Jimit, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif STB.
Program ini bertujuan untuk memantapkan pengurusan MBJ serta merintis kerjasama yang lebih erat antara MBJ LADA bersama MBJ JKM Sabah dan MBJ STB. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada perwakilan untuk bertukar pandangan mengenai pengurusan aspek pelancongan dalam usaha untuk memajukan lagi industri pelancongan di kedua-dua destinasi.
Diharapkan dengan inisiatif ini akan membantu untuk mewujudkan hubungan yang harmoni antara majikan dan pihak pekerja dan seterusnya membantu LADA untuk mencapai lebih banyak kejayaan di masa akan datang.