Langkawi, 16 Julai 2023 – Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Apresiasi Guru SPM 2022 di Auditorium, Kompleks LADA.

Majlis ini diadakan untuk menghargai guru-guru SPM yang telah gigih berusaha untuk memastikan anak-anak pelajar daerah Langkawi mencapai keputusan yang cemerlang dan membanggakan dalam peperiksaan SPM yang lalu.

Seramai 115 orang guru-guru SPM daerah Langkawi telah menerima Anugerah Guru Inspirasi SPM 2022 yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Kamal bin Hashim, Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi.

Turut hadir bagi menyempurnakan upacara penyampaian Anugerah Sekolah Inspirasi SPM 2022 adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin.

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi dalam SPM 2023.

#CSRLADA
#TanggungjawabSosialKorporatLADA