Majlis Ikrar Bebas Rasuah LADA Tahun 2023 telah diadakan pada 17 Julai 2023 bertempat di Dewan Besar, Kompleks LADA. Majlis ini merupakan ‘smart-partnership’ LADA bersama pihak SPRM Negeri Kedah.

Lafaz ikrar bebas rasuah telah diketuai oleh YBhg. Tuan Wan Kamarul Faisal Bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan disaksikan oleh YBrs. Tuan Rosley Bin Mohamad Satar, Pengarah SPRM Negeri Kedah.

Objektif pelaksanaan majlis ini adalah bertujuan memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh kepemimpinan organisasi dan warganya.
Ikrar dan janji ini dilakukan secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan tugas dan diri mereka dijauhi daripada perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.

Seramai 41 orang pegawai dan kakitangan LADA serta kakitangan anak syarikat LADA telah mengangkat IBR pada tahun ini.

#IBRLADA
#integritytoday
#upholdyourintegrity
#bahanarasuah