Program Santai Integriti Tahun 2023 telah diadakan pada 8 Ogos 2023 bertempat di Institut Pengurusan Peladang. Program ini merupakan smart-partnership LADA bersama pihak SPRM.
Program ini diadakan sebanyak 2 slot. Penceramah jemputan bagi slot 1: “Jaga Tepi Kain Orang – Banteras Gejala Rasuah” adalah Tuan Mohd Azfar Bin Johari, Penolong Penguasa daripada Unit Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Kedah.
Manakala, slot 2: “Kenali Salah Laku Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam” dikendalikan oleh Tuan Ahmad Humaizie Bin Ramly, Penolong Pesuruhjaya, Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme, SPRM Putrajaya.
Objektif pelaksanaan program ini adalah wardah perkongsian ilmu dan pendedahan kepada warga kerja LADA berkaitan isu-isu integriti, rasuah dan tatatertib yang mana setiap individu adalah terdedah kepada gejala rasuah dan salah laku integriti di mana perlu menanamkan nilai integriti dalam diri masing-masing tanpa mengira jawatan dan pangkat.
Fokus utama program ini adalah untuk memastikan mereka dapat mengelakkan diri dari terlibat dengan gejala rasuah, salah laku tatakelakuan serta hukuman yang dikenakan jika didapati bersalah.
Seramai 47 orang Pegawai dan kakitangan LADA telah menyertai Program Santai Integriti ini.
#integritytoday
#upholdyourintegrity
#bahanarasuah