Langkawi, 6 Ogos 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menyerahkan surat kelulusan permohonan projek kecil komuniti berjumlah RM164,300 kepada 10 wakil komuniti Langkawi. Projek ini merangkumi kerja naik taraf, membaik pulih masjid serta surau, menyelenggara keperluan sekolah dan kawasan kampung di beberapa buah lokasi di pulau ini.
Sesi penyerahan surat kelulusan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Semoga pelaksanaan projek kecil ini dapat memberikan impak dan manfaat kepada penerima dan komuniti setempat.
#ProjekKecilKomuniti
#Komunitisejahtera
#LADAbersamakomuniti