LANGKAWI, 17 Ogos 2023 – Lembaga Pembangunan Langkawi dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi dan Pejabat Agama Daerah Langkawi telah menganjurkan Hari Penghayatan Islam Tahun 2023 bertempat di Auditorium Kompleks LADA. Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Maal Hijrah pada 19 Julai 2023 bersamaan 1 Muharram 1445H dengan slogannya ‘Usrah Bersama Ukhwah Dibina”. Program ini adalah program kemuncak bagi Pertandingan Adab Dan Nilai (ADNI) peringkat daerah Langkawi dimana peserta yang mendapat johan bagi pelbagai kategori membuat persembahan. Antara kategori yang dipertandingkan adalah daie cilik, mimbar daie,hafazan, tilawah A-Quran, khat, kalam arabiy dan pertandingan nasyid. Pemenang yang telah dirai adalah seramai 106 orang bagi kategori sekolah menengah dan sekolah rendah sekitar Langkawi. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Nordiana Bt Nordin, Pengurus, Unit Khidmat Korporat dan Encik Rohaizar Bin Othman, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, sektor perancangan.