8 – 10 Disember 2023 (Jumaat – Ahad) : Pihak LADA meneruskan program Langkawi Roadshow di Indonesia dengan mengadakan Business to Business (B2B) dengan menemukan 90 orang agensi pelancongan daripada Jakarta. Program ini diadakan di Holiday Inn Gajah Mada Jakarta.
Wakil industri pelancongan dari Langkawi yang terlibat adalah sebanyak 22 pengusaha yang terdiri daripada 11 syarikat dari agensi pelancongan, 5 produk pelancongan, 5 hotel dan 1 persatuan.
LADA turut bekerjasama dengan Malaysia Convention & Exhibition (Myceb), Tourism Malaysia Jakarta, Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Provinsi DKI Jakarta, Indonesia serta ASITA Jakarta.
Pihak LADA juga telah membuat pertemuan khas bersama Asita (Association of the Indonesian Travel Agencies) bagi membincangkan kerjasama strategik promosi pada tahun depan bersama syarikat penerbangan Garuda & Citylink.
Indonesia adalah pasaran ke 3 tertinggi di Asean bagi Langkawi dan semoga pelancong Indonesia akan meningkatkan pada masa hadapan.
#lada #langkawi #lembagapembangunanlangkawi #malaysia #malaysiamadani #langkawibestwey #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp