8 Januari 2024 (Isnin) – YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, yang merangkap Ahli Lembaga Pengarah LADA.
Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak demi kesejahteraan pembangunan Langkawi, Negeri Kedah serta Malaysia.
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Che Ani@Abd Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA, Tuan Wan Kamarul Faisal Bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancang dan Pembangunan) LADA dan En. Sharudin Bin Hassan, Timbalan Pengurus Bahagian Pemantauan Projek LADA.