17 Januari 2024 (Rabu) – LADA amat berbesar hati dapat melaksanakan satu lagi projek yang dapat memberi manfaat kepada penduduk dan pelancong dengan menyediakan kemudahan infrastruktur yang berkualiti seperti Jeti Pelancongan Gua Cherita seiring dengan matlamat yang telah ditetapkan pada tahun ini iaitu untuk menerima kedatangan pelancongan seramai 3 juta orang.
LADA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai Kementerian Kerja Raya selaku tulang belakang projek, keseluruhan pasukan projek JKR HQ dan Negeri Kedah yang menjadi teraju utama dalam pelaksanaan projek pembinaan ini, para perunding yang menyelia dan mengawasi projek serta pihak kontraktor yang berjaya menyiapkan projek ini. Penghargaan juga diucapkan kepada Bahagian Kejuruteraan Teknikal dan Pelancongan LADA.
Melalui RMK-11, LADA telah diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat untuk melaksanakan Projek Jeti Pelancongan di Gua Cherita. Tujuan projek ini adalah untuk menyediakan sebuah kemudahan pendaratan yang selesa dan selamat kepada pelancong yang ingin berkunjung ke lokasi ini. Alhamdulillah, projek ini telah berjaya disiapkan pada bulan 13 November 2023 yang lalu.