Seramai 15 orang pelajar diiringi 10 orang guru telah menjalankan Program Geology Cycling Trip bermula 27 hingga 30 Mac 2024.
Program ini melibatkan para pelajar dari Penang Waldorf Education dengan membawa objektif lawatan sambil belajar geologi di luar waktu kelas. Lebih menarik lagi, guru-guru menggunakan kaedah melawat ke kawasan lapangan dengan menunggang basikal dari satu tempat ke satu tempat. Antara kawasan lapangan lain yang dilawati ialah Pantai Pasir Tengkorak yang memiliki fitur-fitur geologi yang jelas.
Ibu bapa juga turut menyertai program ini bagi menyokong para pelajar dan guru dalam membawa inisiatif mendapatkan informasi berkenaan ilmu geologi di seluruh bahagian Langkawi UNESCO Global Geopark selain merasai sendiri pengalaman menerokai Geopark Discovery Centre dan Santuari Bakau, Kilim Geoforest Park.
#LUGG #langkawiUNESCOGlobalgeopark #kilimkarstgeoforestpark #geoparkdiscoverycentre #Langkawibestwey!!