Lembaga Pembangunan Langkawi dengan kerjasama pihak empowerNCER telah menganjurkan Hari Bersama Usahawan bertempat di Auditorium, Kompleks LADA. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif LADA.

Program ini dimeriahkan dengan slot ceramah motivasi usahawan berjaya yang disampaikan oleh Puan Siti Fatimah binti Adnan, pengasas Aiskrim MOKTI’S dan ustaz selebriti terkenal iaitu En.Muhammad Haris bin Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Rizz yang merupakan pendakwah bebas dan usahawan Markaz Tijaari. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti pameran, jualan produk-produk usahawan dan sesi khidmat nasihat berkaitan kewangan daripada Hong Leong Bank dan Agro Bank Cawangan Langkawi.

Seramai 200 org telah hadir ke program hari ini dan diharapkan program ini dapat meningkatkan motivasi dan memberi manfaat kepada para usahawan di Langkawi.