Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersama-sama industri pelancongan Langkawi iaitu Dream Forest Langkawi, BESTUBA dan Anytime Holidays Sdn Bhd telah menyertai Program Promosi Outdoor Expo 2024 pada 28 hingga 30 Jun 2024 bertempat di Kompleks Sukan Kelana Jaya, Selangor.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memacu industri pelancongan di peringkat domestik dan memperkenalkan produk “Eco & Adventure Tourism” serta sukan rekreasi yang terdapat di Malaysia selaras dengan hasrat LADA untuk merancakkan semula aktiviti pelancongan di Langkawi seterusnya membawa masuk lebih ramai pelancong ke Langkawi selepas are pandemik COVID-19.

Program ini merupakan penyertaan pertama kali oleh pihak LADA bersama rakan-rakan industri bagi mempromosikan pelancongan di Langkawi kepada pengunjung yang hadir.

#LangkawiBestWey! #TeamLangkawiHebat #OutdoorExpo2024