seramai 13 orang peserta dari The Ritz-Carlton Hotel Langkawi telah menjalankan aktiviti semaian bakau di santuari bakau Kilim Karst Geoforest Park.

Program kali ke-3 pada tahun ini telah dijayakan oleh Pengurus Besar The Ritz-Carlton Langkawi, Ms Mafalda Tavales dengan semaian 25 anak benih pokok bakau di kawasan santuari bakau berhampiran. Aktiviti ini telah berjaya mengeratkan silaturahim sesama kakitangan hotel dan memupuk rasa cinta serta kenal akan keunikan Langkawi UNESCO Global Geopark yang merupakan Unesco Global Geopark pertama di Asia Tenggara.

#KilimKarstGeoforestPark #theritzcarltonlangkawi #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp #Langkawibestwey!!